Blogger templates

Name
Email Address:
Contact Number
Occupation
Where Do You Stay? Sarawak, Sabah, Labuan
KL, Selangor
Negeri Sembilan, Johor, Melaka
Perlis Kedah, Penang, Perak
Pahang, Terengganu, Kelantan
Which Is Your Interest? Lose Weight
Gain Weight
Maintain Weight
Improve Health Condition
Improve Skin Condition
Earn Extra Income
Extra Info On How You Want Me To Help You

This form powered by Freedback

Wednesday 29 February 2012

SPECTACULAR 2012 ( MALAYSIA & SINGAPORE)

Hai semua...
Kisah Spectacular ni sangat la bermacam-macam..
Hahaha..sedih ada, takut ada, happy ada..yang paling penting EXCITED wajib ada!
Mula2 x sdar pun ckp "OKAY" kt Aisyah (my coach) utk g Spectacular ni.. *(but actually memang dh ckp okay pun)
Tau2 dh dpt order ticket pnya number :) Terkejut!haaaa...start la cuak!kekekeke.... 
Memandangkan dah beli,kena bayar la kn ticket tu!...
Friday tu dh nk g event Spectacular kt Mines International Exhibition & Convention Centre..mmg la qualified utk event on Saturday & Sunday je tp kena la g awal..sbb Mines dgn Kuala Pilah sgt jauh!
sadly Monday tu time kt lab Microbe tiba2 kwn ckp Saturday ada module "Finishing School"..
sebab tiket dh byr, hati tu dh hancur lebur dh! :'( ruginya la..menangis tau!
Aisyah ckp xpe,kita g yg Sunday punya event, no matter what!
Yeay!!!mampu la nk senyum balik! :)
Hahaha...okay!Now,direct crita pasal Sunday pnya event la..tak perlu crita dh otw dr Kuala Pilah - Mines City!tu dh x penting skrg..hahahha..yg penting EVENT SPECTACULAR!
On Sunday (19th February 2012 )...ni la keje ktorg sementara tggu registration counter tu bukak!
IT'S ME...teehee~confirm2 la Aisyah yg tlg snapkn ;)
AS I WENT TO MIECC WITH AISYAH...so she's AISYAH la of course!
lama tau nak tunggu kaunter bukak,so bersuka ria la ambik gmbr dulu!
hahahah..
few minutes later, dh boleh register... nahhh...tgk ni!kau ada?
it's okayyyy to feel excited when i received this kn?u'll never know how much it costs till u buy your ticket!hahahaha...nk tau?jom la gi event!




kalau la ada orang tnya kn, "bangga sgt ke dpt tag, button n bag ni?"


seriously akn jwb cpat2, "MESTILAH! INGAT SMUA BRG NI BOLEH DPT KE KT PASAR MALAM?HEE...."  
jwb cmtu bkn la sbb nk berlagak,jgn slh fhm okay tp sbb sgt bangga dpt gi event yg x smua org nk gi pun. sapa yg sggup sacrifice time, energy & their weekends because of Spectacular.... CONGRATULATIONS PEOPLE!
okay...time tgh queue tggu nk msuk hall,ter'spot' ada 3 Sarawak's flag..
Ya Tuhan, seriously rsa sgt rindu dgn rmh,rindu family,rindu Bintulu & OBVIOUSLY RINDU SARAWAK la...!
Even if tak clear pun bendera Sarawak tu but I can see it's there!!Hall kn besar,ni pn sempat diambil dari jarak jauh!huhuhu..

at that moment,bru sdar sbnrnya Sarawak dh sgt maju!Sarawak dh kenal Herbalife...dlm excited tu ada rsa sebak... :') at the same time pn bru sdar HERBALIFE IS EVERYWHERE!
ni time kami baru msuk hall & dpt ddk tepi pentas, ada skrin besarrrrrr kt depan!
next!title mmg la Spectacular 2012 tp xnk crita apa yg ada time Spectacular sbb sapa yg berminat,kena pergi event! KENA PERGI EVENT ;) NO MATTER WHAT!
nanti boleh dapat kwn bru...
Meeting Sarawakian fellows is like a blessing in disguise! Praise the Lord :)

KAMI INGIN BERKONGSI KEGEMBIRAAN INI BERSAMA ANDA!

FOR NOW, WE ARE LOOKING FORWARD TO BRING MORE PEOPLE TO: 

"EXTRAVAGANZA ASIA PACIFIC IN SINGAPORE!"
(MAY 2012)



Wednesday 15 February 2012

Wanita & Obesiti

Hello semua!
Hari-hari saya semakin busy jadi masa nak update blog memang sangat kurang..masa banyak dihabiskan untuk lab reports, assignments, tests & quizzes. Huhu..tu tak kira lagi progress report untuk business plan Entrepreneurship. Biasa la student's life! Semua orang yang tengah study sekarang mesti merasa benda-benda macam tu so x payah la saya nak kecoh2 kan? Hahaha... Di kesempatan yang ada ni, nak share la lagi tentang successful story. Kita tak payah cerita la successful story orang lain, for now cerita tentang saya sendiri je dulu okay ;)
Kalau sebut pasal obesiti,itu memang la boleh dikatakan top 5 sensitive issue untuk wanita! Tak kira la Mak Datin ke, artis ke, student ke, kalau mention je obesiti, memang benda ni la yang paling kita nak avoid...
Before tu, nak share la sedikit info tentang obesiti ni...





Pada remaja perempuan, kegemukan menjadi permasalahan yang cukup berat dan menekan, kerana keinginan untuk tampil sempurna yang seringkali diertikan dengan memiliki tubuh ramping atau langsing dan cantik, merupakan idaman bagi mereka [Saja nak letak background hijau, nampak lebih berjiwa Herbalife! ;) ]
Bila sebut je obesiti, apa yang ada dalam minda korang?..
Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Lazimnya, obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004). 
Sangat gerun dengar perkataan lemak tu! Sebab dah boleh imagine dah keadaan badan yang terkeluar benjolan lemak merata-rata ni..ouch! Kalau la boleh potong je lemak2 ni guna pisau pemotong daging mummy yang ada kat dapur tu kan bagus. Ahahaha..tapi tak perlu la nak buat experiment ya, memang takkan berjaya! :) Kalau buat maksudnya korang akan menambah lemak je nanti!hhahaha..luka2, masuk hospital, makan tidur je then lemak pun suka nak beranak-pinak dengan lebih produktif!
(Dipetik dari sumber internet) : Menurut para pakar kesihatan, berasarkan pada hasil kajian, obesiti boleh dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor. Faktor-faktor tersebut di antaranya adalah faktor genetik, disfungsi salah satu bahagian otak, pola makan yang berlebihan, kurang bersukan, emosi, dan faktor persekitaran.

1. GENETIK
Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya faktor genetik telah ‘ikut campur’ dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.
Hal ini demikian kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah apabila bayi yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar.

2. KEROSAKAN PADA SALAH SATU BAHAGIAN OTAK
Sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada suatu bahagian otak yang disebut ‘hipotalamus’, sebuah kumpulan inti sel dalam otak yang berhubungan dengan bahagian-bahagian lain daripada otak dan kelenjar di bawah otak. ‘Hipotalamus’ mengandungi lebih banyak pembuluh darah dari bahagian lain di dalam otak, sehingga lebih mudah dipengaruhi oleh unsur kimia daripada darah.
Dua bahagian ‘hipotalamus’ yang mempengaruhi penyerapan makanan, iaitu ‘hipotalamus lateral’ (HL) yang menggerakkan nafsu makan ; ‘hipotalamus ventromedial’ (HVM) yang bertugas mengekang nafsu makan.
Daripada hasil kajian, didapati bahawa apabila ‘hipotalamus ventromedial’ rosak atau hancur, maka individu menolak untuk makan atau minum, dan akan mati kecuali apabila dipaksa diberi makan dan minum (diberi infus). Sedangkan bila kerosakan terjadi pada bahagian ‘hipotalamus ventromedial’, maka seseorang akan menjadi rakus atau gelojoh dan kegemukan.

3. POLA MAKAN BERLEBIHAN
Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang yang berat badannya normal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika waktu makan. Orang yang gemuk cenderung makan apabila ia merasa ingin makan, bukan makan pada ketika ia lapar. Pola makan berlebihan inilah yang menyebabkan mereka sukar untuk keluar daripada perangkap kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangkan berat badan.

4. KURANG BERSUKAN
Tingkat pengeluaran tenaga tubuh sangat peka terhadap pengendalian berat tubuh. Pengeluaran tenaga bergantung kepada dua faktor, iaitu:
1) tingkat aktiviti dan sukan secara umum;
2) angka metabolisme atau tingkat tenaga yang diperlukan untuk mempertahankan fungsi minimum tubuh.
Daripada kedua-dua faktor tersebut, metabolisme mempunyai tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang yang normal. Meskipun aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti mempunyai peranan yang sangat penting. Pada waktu bersukan kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin banyak kalori yang hilang.
Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang duduk bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kekurangan aktiviti ‘gerak’ akan menyebabkan suatu siklus yang hebat, obesiti membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan kurang dinikmati dan kurangnya sukan secara tidak langsung akan mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh individu tersebut.
Jadi, sukan sangat penting dalam penurunan berat badan, tidak sahaja kerana dapat membakar kalori, malahan dapat membantu mengatur berfungsinya metabolisme normal.

5. PENGARUH EMOSIONAL
Suatu pandangan popular adalah bahawa obesiti bermula daripada masalah emosional yang tidak teratasi. Orang-orang gemuk ‘dahaga’ akan kasih sayang seperti kanak-kanak yang menganggap bahawa makanan adalah simbol kasih sayang ibu atau makan lebih daripada hadnya adalah sebagai elemen atau unsur untuk pengganti kepuasan lain yang tidak tercapai dalam kehidupannya.
Walaupun penjelasan demikian sesuai pada beberapa kes, namun sebahagian orang yang mengalami berat badan yang berlebihan tidak terganggu secara psikologi dibandingkan dengan orang yang memiliki berat badan secara normal. Meskipun banyak pendapat yang mengatakan bahawa orang gemuk biasanya tidak bahagia, namun sebenarnya ketidakbahagiaan tekanan batinnya lebih diakibatkan sebagai hasil daripada kegemukannya.
Hal tersebut kerana dalam sesebuah masyarakat, seringkali orang yang bertubuh kurus disamakan dengan kecantikan, sehingga orang gemuk berasa malu dengan penampilan dan kesukaran mereka mengendalikan diri terutama dalam hal yang berhubung dengan perilaku makan. Orang gemuk seringkali mengatakan bahawa mereka cenderung makan lebih banyak apabila mereka di dalam keadaan ketegangan atau cemas, dan eksperimen membuktikan kebenarannya.
Orang gemuk makan lebih banyak dalam suatu keadaan yang sangat mencengkam atau menekan; orang yang mempunyai berat badan secara normal akan dalam keadaan yang kurang mencengkam atau menekan (McKenna, 1999). Dalam suatu kajian yang dilakukan oleh White (1977) pada kumpulan orang dengan berat badan berlebihan dan kumpulan orang dengan berat badan yang kurang, dengan menyajikan kerepek (makanan ringan) setelah mereka menonton empat jenis filem yang mengundang emosi yang berbeza, iaitu filem yang tegang, ceria, merangsang ghairah seksual, dan sebuah ceramah yang membosankan.

6. LINGKUNGAN PERSEKITARAN
Faktor lingkungan persekitaran juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk. Jika seseoang dibesarkan dalam lingkungan persekitaran yang menganggap gemuk adalah simbol kemakmuran dan kebahagiaan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor luaran, maka orang yang mengalami obesiti tidak akan menghiraukan masalah-masalah psikologi yang berkaitan dengan kegemukan.

So dah tau la kan antara punca obesiti?? Tapi kes-kes obesiti yang berlaku di Malaysia mostly sebab POLA MAKAN BERLEBIHAN & KURANG BERSUKAN!

Sangat banyak penyakit yang boleh berlaku akibat daripada obesiti termasuklah diabetes, darah tinggi, sakit jantung, kanser and so on.. 






Bila kita tengok balik, semua penyakit yang datang ni berpunca daripada semua benda yang kita makan! Tak perlu la tengok cara pemakanan orang lain, tengok balik menu kita sendiri setiap hari. Normally makanan yang kita fikir sangat sedap, itulah makanan yang menjadi pembunuh dalam diam! STAY ALERT & BEWARE! kalau tak jaga makan, macam ni lah keadaan yang akan berlaku atau sudah berlaku dalam badan anda sekarang :


Fats daripada semua yang anda makan akan terkumpul, membentuk plaque dan lama-kelamaan, sakur darah tu akan tersumbat! Tu lah yang akan mendatangkan pelbagai jenis penyakit, normally semua penyakit tu macam satu chain... Tak percaya? Cuba tengok balik, normally orang yang menghidap diabetes akan sangat mudah untuk mendapat penyakit jantung, kidney failure, high blood pressure! Nak tau kenapa? senmuanya berlaku sebab hampir kesemua organ penting dalam badan kita memerlukan satu sama lain untuk menjalankan fungsi masing-masing secara efficient.
Mulai dari sekarang, jagalah cara pemakanan, bagi mereka yang rasa susah nak control makan, jom kita try nutritious drinks sama2..saya pun jenis yang sangat suka nak makan, suka sangat nak mengunyah tapi kalau saya boleh control semua tu, anda pun pasti boleh!

NOTHING IS IMPOSSIBLE IF YOU REALLY WANT TO BE SERIOUS! 


Haa...mereka yang berlebihan berat badan mesti nakkkkkkkk sangat melawa macam orang yang punya badan ramping kan? Termasuk saya la tu! Ada ke perempuan yang saja2 tak nak kurus?

Even time gi jalan2 or window shopping pun akan rasa sangat malu nak gi ke area baju2 yang lawa, sebab takut takda size!!!! Tapi sekarang dah tak perlu nak malu-malu dah sbb dulu baju size XL, SEKARANG DAH PAKAI SIZE M!
By having nutritious breakfast everyday, hasil yang kita dapat memang akan sangat..sangat..sangat MEMUASKAN!

Other than nutritious protein shake, kena la minum plain water yang cukup untuk keperluan badan. Air ni sangat penting! Ini adalah antara keajaiban air untuk tubuh badan kita (sumber informasi : Hidayat Shariff) :

1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air. (Semua wanita perlu tahu fakta ni!teehee~)
Korang ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa. Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.
2. Air membantu meningkatkan tenaga anda. ( Mereka yang perlu menyiapkan banyak kerja dalam satu hari memang sangat2 memerlukan air yang mencukupi..termasuk saya la tu)
Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih. Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.
3. Air mampu mengurangkan stres. (Student macam saya memang sangat memerlukan air yang banyak untuk mengurangkan stress...)
70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres. Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi. Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.
4. Bentuk otot anda dengan air.
Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan. Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.
5. Mencantikkan kulit anda. (Ni paling penting untuk wanita!)
Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa. Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan  mempunyai kulit muka yang licin dan bersih. Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik. Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.
6. Air melancarkan proses penghadaman.
Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman. Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.
7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.
Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang. Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!

Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.
Okay, that's all about water! Haa..minum nutritious protein shake mesti la memberi hasil yang sangat best kan? Finally, ni la hasil yang latest!

Baju kurung merah tu Aunty Anna belikan for my dean list's dinner, baru boleh pakai sekarang ni...dulu nak sarung ke badan pun tak muat! Kalau paksa2 pakai pun dah jadi macam sarung nangka! Haha...tapi semenjak minum nutritious protein shake, berat semakin berkurang & baju kurung merah tu dah boleh pakai tanpa was2! Baju kurung purple memang tersimpan dalam kotak je la, pakai pun dah sangat longgar sekarang ni. 



Ni size seluar yang latest from 31-29, masa ambil gambar ni, tak jumpa pun seluar lama yang size nya 34. tapi takpa, nanti bila jumpa saya akan masukkan dalam next blog pulak,okay?

Pilihan terletak di tangan korang, korang sendiri yang perlu memilih untuk kekal berada dalam keadaan korang yang sekarang atau membuat perubahan untuk untuk menjadi lebih sihat! Sekiranya korang berminat untuk mengurangkan, menaikkan atau mengekalkan berat badan, saya bersedia untuk membantu anda mnembuat perubahan! Saya ada jalan penyelesaian bagi masalah wanita & obesiti :) .... Perlukan bantuan, anda boleh hubungi saya melalui panggilan telefon atau sms di 014-5835355 (Celcom) & 012-8714850 (Maxis). Sekiranya saya busy sekali pun, saya pasti akan meluangkan sedikit masa untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan...


Naahhh...pilih la gambar mana satu yang korang nak ;)

That's enough for now, it's time to finish the site visit assignment & biomol's lab report which have to be submitted tomorrow! Kalau ada terkasar bahasa, saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. 
Have a great day everyone! God bless always...